Koperasi sedia biaya Industri 4.0 buat usahawan PKS

Golongan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih tercari-cari sumber pembiayaan untuk memajukan perniagaan dengan bantuan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat disaran merujuk perkara tersebut kepada pihak koperasi seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, koperasi adalah sumber pembiayaan alternatif yang lebih baik berbanding institusi perbankan memandangkan ciri-cirinya yang lebih bersifat mesra perniagaan.

โ€œPembiayaan koperasi menjurus kepada pihak yang mahu mengasaskan perniagaan dengan melibatkan unsur pendanaan awam dan kepercayaan ahlinya dalam sesebuah perniagaan.

โ€œSelain itu, saya juga ada Bank Rakyat sebagai bank koperasi di bawah kementerian kami yang menyediakan dana khusus buat usahawan PKS yang berkelayakan,โ€ katanya pada sesi dialog pada ACCA SME Workminar 2018 di Hotel W Kuala Lumpur, hari ini.

P_20181115_120614.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.