KPJ Healthcare sumbang RM9.2 juta untuk CSR dalam pandemik tahun lalu

KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) terus komited melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) sepanjang tahun 2021 melalui pelbagai aktiviti di bawah Klinik Waqaf An-Nur (KWAN), Bridget Waqaf, pusat perlindungan bayi, program vaksinasi besar-besaran dan pendidikan kepada masyarakat.

Kesemua inisiatif CSR yang dilaksanakan KPJ Healthcare tersebut berjumlah RM9.2 juta secara keseluruhan.

Berikutan kecemerlangan dalam pelbagai inisiatif bermanfaat tersebut, KPJ Healthcare telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Syarikat Terbaik: Inisiatif CSR Cemerlang Nasional (Penjagaan Kesihatan) dalam majlis Anugerah Kemapanan & CSR Malaysia 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, KPJ Healthcare yang diwakili Ketua Pegawai Korporatnya, Ariesza Noor turut menyampaikan sumbangan berupa cek replika yang bernilai RM3.12 juta kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

-NIAGATIMES

KPJ KPJ Healthcare hospital (gambar hiasan) KPJ cek

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.