KPLB komited salur bantuan MARA kepada usahawan luar bandar

0
17

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyatakaan kesediaan untuk terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada usahawan luar bandar menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam meningkatkan taraf perniagaan dan produktiviti golongan tersebut, tegas Menterinya, Datuk Seri Rina Harun.

Menurut beliau, satu sidang media khas akan diadakan bagi menjelaskan perkara tersebut berikutan timbulnya salah faham bahawa MARA bakal menghentikan bantuan kepada usahawan luar bandar dengan Rina menafikan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

“Kalau ada yang kata KPLB hentikan bantuan kepada usahawan luar bandar, saya minta hentikan fitnah-fitnah ini. Saya lagi nak lahirkan lebih ramai jutawan dan usahawan MARA.

“MARA akan terus laksanakan lebih banyak program untuk bantu usahawan-usahawan kerana sebagai satu institusi, MARA mahu membantu masyarakat luar bandar dengan meneruskan usahanya baik dari aspek pendidikan mahupun keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama penduduk Bagan Pinang di Port Dickson, baru-baru ini.

Program-Ramah-Mesra-dan-Ziarah-Kasih-Kredit-foto-Rina-Harun.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.