KPT, MEDAC jalin kerjasama perkasa usahawan kampus

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan langkah strategik dalam mempermudah golongan usahawan pelajar untuk mendapatkan pembiayaan mikro kredit melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional).

Dalam satu kenyataan bersama, KPT dan MEDAC memaklumkan bahawa memorandum persefahaman yang dipersetujui antara kedua-dua kementerian menerusi pelaksanaan Program KPT-MEDAC Siswapreneur memberi peluang kepada usahawan pelajar untuk memula dan mengembangkan perniagaan mereka semasa dalam tempoh pengajian.

“Pembiayaan mikro kredit yang ditawarkan mensasarkan seramai 20,000 orang usahawan pelajar dari universiti awam, politeknik dan kolej komuniti dengan peruntukan berjumlah RM20 juta.

“KPT menjangkakan bahawa dengan adanya program-program kerjasama seumpama ini, jumlah usahawan pelajar dan usahawan graduan akan dapat ditingkatkan, selain dapat membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Sebagai permulaan, Program KPT-MEDAC Siswapreneur akan dilaksanakan secara rintis di 15 buah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih untuk tempoh enam bulan pertama sebelum diperluaskan kepada IPT lain.

“Pusat atau Unit Keusahawanan IPT akan membuat saringan ke atas permohonan pembiayaan daripada usahawan pelajar yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada TEKUN Nasional untuk kelulusan,” katanya.

-NIAGATIMES

KPT-MEDAC.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.