KT Sat perkenal jenama baharu komunikasi satelit maritim sasar pasaran Asia Tenggara

KT Sat, penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan komunikasi satelit di Korea Selatan memperkenalkan jenama maritim baharunya, XWave yang menyokong visi syarikat untuk mengembangkan pasaran global ke Asia Tenggara.

Jenama XWave mencerminkan maksud ‘Express’ (Ekspres) dan ‘Wave’ (Gelombang) yang telah dibangunkan berdasarkan kesediaan KT Sat bahawa ia akan menyediakan komunikasi maritim yang hebat dengan kualiti perkhidmatan yang paling andal.

KT Sat berkata, pelancaran jenama maritim baharu ini juga mencerminkan misi pihaknya untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi liputan perkhidmatan yang luas dan komunikasi data tanpa had dalam era mobiliti.

“Menerusi penambahbaikan dalam liputan perkhidmatan ini, kini KT Sat dapat menerima sejumlah 40 peratus permintaan yang semakin meningkat dalam komunikasi data maritim global dari Teluk Benggala, Indonesia dan Laut Barat Australia ke Lautan Hindi.

“KT Sat juga berjaya mencapai kemajuan cemerlang dari segi kualiti perkhidmatan dengan memindahkan MSS (Perkhidmatan Satelit Mudah Alih) jalur-L tradisional yang merupakan perkhidmatan bayar-waktu-keluar ke rangkaian berkelajuan tinggi tanpa had (2Mpbs+),” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif KT Sat, Kyung Min Song, Asia Tenggara merupakan pasaran yang baharu untuk KT Sat yang mempunyai potensi besar untuk berkembang 27.5 peratus setiap tahun.

“Kami akan terus membangunkan perkhidmatan bernilai tambah yang tiada tandingan yang dapat menyokong kecekapan kerja serta operasi yang selamat dalam kapal menggunakan teknologi ICT kami yang inovatif,” ujarnya.

-PR NEWSWIRE

KT_SAT_CommunicAsia_.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.