Kuala Lumpur melonjak naik di kedudukan ke-26 dalam penarafan ICCA 2024

Malaysia dan Kuala Lumpur terus mencatat peningkatan dalam ICCA (International Convention & Conference Association) 2024 Country & City Rankings, mengukuhkan reputasi sebagai destinasi utama acara perniagaan di peringkat dunia.

Malaysia telah menganjurkan 129 mesyuarat persatuan antarabangsa, naik dua anak tangga ke kedudukan ke-31 dalam penarafan negara global dan kekal dalam Top 10 untuk rantau Asia Pasifik di tempat ke-9.

Kuala Lumpur mencatat peningkatan ketara, melompat enam anak tangga ke kedudukan ke-26 dalam World City Rankings, di mana Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menjadi tumpuan utama bagi 78 mesyuarat antarabangsa di bandar ini pada tahun tersebut.

“Reputasi Malaysia dan Kuala Lumpur yang semakin meningkat menunjukkan nilai tawaran yang menarik. Dengan sokongan 79 syarikat, penerbangan ke KLIA dan akses tanpa visa dari 175 negara, Malaysia memenuhi keperluan mobiliti dalam pengurusan acara perniagaan global.

“Ditambah pula rantaian bekalan yang memenuhi piawaian antarabangsa, penguasaan bahasa Inggeris dan kadar pertukaran mata wang yang kompetitif, bersama kekayaan warisan budaya dan keindahan khazanah alam semula jadi, Malaysia jelas menjadi pilihan terbaik,” kata Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, John Burke.

Sebagai usaha mempromosikan profil global negara dan Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bekerjasama rapat dengan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengambil bahagian dalam pameran antarabangsa bagi menarik peluang perniagaan ke Malaysia.

-NIAGATIMES

KL-Malaysia.jpeg