AT&S Malaysia di Kulim Hi-Tech Park telah menerima ketibaan penghantaran dua unit transformer 132V yang masing-masing seberat 160 tan.
Transformer yang berasal dari China berkenaan mempunyai kapasiti menjana 80MVA dan berupaya membekalkan kuasa sepenuhnya bagi projek baharu Fasa 1 AT&S Malaysia yang terdiri daripada dua buah kilang pengeluaran utama, tujuh buah bangunan tambahan, sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah gudang.
Pencawang yang menempatkan dua transformer tersebut merupakan yang terbesar berbanding kilang-kilang AT&S di seluruh dunia dengan memiliki voltan dan kapasiti tertinggi.
Pada kapasiti pengeluaran penuh, pencawang ini mampu membekalkan jumlah kuasa sebanyak 600 Gigagawat jam setahun bersamaan dengan pengunaan kuasa tahunan bagi 150,000 isi rumah.
Transformer rendaman minyak 132KV diyakini dapat menjamin kebolehpercayaan, rintangan haba dan kekuatan mekanikal. Malah, penggulungan atau gegelung transformer menggunakan struktur berjalin baharu akan mengurangkan kehilangan harmonik litar pintas dan hingar serta meningkatkan keupayaan menahan litar pintas dan voltan impuls.
Beberapa kelebihan ini memberikan keupayaan transformer untuk menyumbang terhadap kecekapan kos dan tenaga kilang seterusnya menyokong AT&S mencapai matlamat Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) secara menyeluruh.
Pengarah Projek Teknikal AT&S Malaysia, Markus Sterba berasa teruja dan berkata, “Penghantaran transformer 132KV di tapak AT&S Kulim merupakan salah satu peristiwa penting yang wajar diraikan. Kami telah berjaya menempuh cabaran logistik untuk membawa dua buah unit transformer 160 tan dari China ke tapak Kulim tepat pada masanya, dan seterusnya memenuhi jadual keseluruhan bagi projek landasan pantas.โ
Akreditasi kedua-dua transformer dijadualkan pada Januari 2023 dijangka akan menyokong sepenuhnya penjadualan projek dan pencapaian penting bagi pemindahan peralatan dan kelayakan produk untuk pengeluaran bersirinya menjelang akhir 2024.
-NIAGATIMES