Kumpulan PHC, SciMed perkukuh bisnes sains hayat di Asia

0
23

PHC Holdings Corporation (PHCHD) hari ini mengumumkan penyelesaian bagi pengambilalihan mereka ke atas tambahan 55.01 peratus saham di SciMed Asia Pte Ltd (SciMed), sebuah pengedar utama bagi produk sains hayat Kumpulan PHC merentasi Asia Tenggara dan India.

Perjanjian pembelian ini dengan SciMed meningkatkan kepentingan PHCHD di dalam syarikat itu dari 14.99 peratus kepada 70 peratus. SciMed kini akan beroperasi sebagai sebuah anak syarikat yang disatukan bagi PHCHD, sebagai sebahagian daripada domain sains hayat dan diagnostik.

Terletak di Singapura, SciMed memasar dan mengedarkan produk sains hayat dan menyediakan perkhidmatan mereka ke seluruh Asia Tenggara dan India. Dengan satu rangkaian pengedaran yang luas di rantau itu, dan disokong oleh kepakaran dan keupayaan perkhidmatan yang mantap di dalam bidang sains hayat, SciMed adalah sebuah syarikat utama di pasaran Asia Tenggara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi PHCHD, Michael Kloss berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengambil langkah ini bagi membawa SciMed ke dalam Kumpulan PHC sebagai sebuah anak syarikat yang disatukan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat bahawa penyelidikan sains hayat telah membuat kemajuan yang cukup besar di India dan di negara-negara baru muncul.

“Dengan berlatar belakangkan peningkatan di dalam kelaziman dan impak bagi keadaan seperti barah, kami menjangkakan lebih banyak pertumbuhan di dalam perniagaan diagnostik di rantau itu.

“Melalui perjanjian ini untuk memperoleh saham majoriti di dalam SciMed, kumpulan kami akan meningkatkan kehadiran kami di negara-negara baru muncul dan memberikan kami peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan di rantau itu,” katanya.

Sains-hayat-Gambar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.