KUSKOP lancar Karnival PROTEGE dan program bersama KRU Studios

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan dua program iaitu
Karnival PROTEGE @ KUSKOP Tahun 2024 dan Program SEMBANG PROTEGE X KRU yang akan dilaksanakan dengan kerjasama KRU Studios.

Karnival PROTEGE @ KUSKOP di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merupakan permulaan kepada 6 siri karnival yang akan diadakan di seluruh negara iaitu di Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Borneo. Karnival ini diadakan bagi menguar-uarkan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dilaksanakan oleh KUSKOP di bawah PROTEGE (Professional Training and Education For Growing Entrepreneurs).

Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pelaksanaan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dilaksanakan oleh PROTEGE dengan sasaran seramai 76,690 graduan dan mahasiswa.

“Karnival ini merupakan ‘kick-start’ bagi pelaksanaan program keusahawanan dan kebolehpasaran yang dirancang pada tahun 2024. Program keusahawanan yang akan dilaksanakan adalah Program Latihan Intensif dalam Talian bagi Usahawan Generasi Baharu (N-GENE), Program Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan TVET (GRACE), Program Usahawan Perantis (SPACE), Program Pensijilan Profesional Graduan TVET, Seminar Keusahawanan Mahasiswa, Program Usahawan Siswazah (PUSh) dan Program Kembara Kerjaya (ROAD).

“Selain itu, KUSKOP juga akan meneruskan Program Penempatan Latihan Kerjaya Graduan Bersama Industri atau lebih dikenali sebagai program PROTEGE Ready To Work (PROTEGE-RTW) yang merupakan platform kepada graduan untuk membina kerjaya impian.

“Program-program yang disediakan ini diharap dapat meningkatkan kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan dan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelaksanaan 6 siri Karnival PROTEGE @ KUSKOP ini mensasarkan seramai 9,000 pengunjung di mana maklumat berkaitan program-program PROTEGE akan disampaikan melalui sesi taklimat dan pameran
kepada graduan, mahasiswa, usahawan dan orang awam. Selain itu, terdapat juga sesi temu duga kepada graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan.

-NIAGATIMES

Karnival-Protege-KREDIT-FOTO-Kuskop.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.