KUSKOP sambut baik pembentangan Bajet 2023 fokus kepada Keluarga Malaysia

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik pembentangan Bajet 2023.

Melalui Bajet 2023, KUSKOP menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM668,351,900 iaitu kenaikan sebanyak 21 peratus berbanding peruntukan yang diterima pada tahun 2022.

Jelas KUSKOP, fokus Bajet 2023 yang dipandu oleh 3R – ‘Responsive, Responsible, Reformist’ atau Responsif, Bertanggungjawab, Reformis adalah strategi pengukuhan ekonomi dan sosial yang mampan dan diyakini akan membantu mengembalikan keupayaan perniagaan pelbagai industri Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di negara ini.

“Dalam Bajet yang dibentangkan, jelas bahawa kerajaan amat komited terhadap agenda pertumbuhan ekonomi negara yang inklusif dan holistik.

“Perkara ini terbukti daripada pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam usaha membantu PMKS mengukuhkan kembali perniagaan mereka dalam era pasca pandemik dan ketidaktentuan ekonomi global yang mencabar ini.

“Limpahan ekonomi daripada inisiatif-inisiatif Bajet 2023 akan membantu meningkatkan ekonomi setempat seterusnya memastikan manfaatnya dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, Makmur Bersama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara insentif yang dapat dimanfaatkan menerusi KUSKOP dan agensi adalah:

DANA PEMBIAYAAN KHAS WANITA
1. RM235 juta
2. Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN Nasional, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat.

KEMUDAHAN PINJAMAN KHUSUS UNTUK BELIA BERNIAGA
1. RM305 juta
2. Melalui SME Bank, TEKUN Nasional, MARA, BSN & Agrobank

SKIM TEKUN MOBILEPRENEUR
1. RM10 juta

PROGRAM USAHAWAN SISWAZAH (PUSh)
1. RM20 juta
2. 1000 graduan bidang keusahawanan

JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA
1. 602 DUN, 13 PARLIMEN di Wilayah Persekutuan, Universiti Awam
2. RM100 JUTA

GERAN ‘ONE-OFF’ UNTUK SYARIKAT PMKS BERDAFTAR
1. RM1 billion
2. Syarikat PMKS dan pemandu teksi berdaftar
3. Memanfaatkan 1 juta penerima

SEMARAK NIAGA
1. RM45 billion
2. Geran Kerajaan, pinjaman langsung, pembiayaan alternatif, jaminan pembiayaan

SKIM PENJAJA KECIL KELUARGA MALAYSIA
1. RM350 juta

TEKUN NASIONAL
1. RM300 juta
2. Bumiputera, wanita, belia dan sektor informal

SKIM PEMBIAYAAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KAUM CINA
1. RM200 juta
2. Kadar faedah serendah 4%

SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN MASYARAKAT INDIA (SPUMI) DI BAWAH TEKUN NASIONAL
1. RM25 juta

TABUNG MODAL PUSINGAN, SKM
1. RM100 juta
2. Pembiayaan bagi membantu Koperasi mengembangkan industri agromakanan

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
1. RM200 juta
2. Sektor peruncitan dan pengedaran perdagangan Bumiputera

SYARIKAT JAMINAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
1. Syarikat milik penuh MKD
2. Jaminan Pembiayaan PKS sehingga RM9 billion
3. Agromakanan, teknologi mampan, pelancongan, serta minyak dan gas

MEMPERKASA USAHAWAN VENDOR
1. RM15 juta
2. Program Pembangunan Kapasiti Vendor 2.0
3. Geran penyelidikan & pengkomersialan vendor 2.0

INISIATIF PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL
1. RM6.5 juta

PENGURANGAN KADAR CUKAI PENDAPATAN PMKS
1. RM100,000 pertama
2. Pengurangan daripada 17% ke 15%
3. Memanfaatkan 150 ribu pembayar cukai PMKS

MEMPERKENALKAN CUKAI KARBON
1. Menyediakan RM10 juta secara geran padanan bagi membantu syarikat PKS

Tambah KUSKOP, pelaksanaan Bajet 2023 diharap dapat membantu para usahawan dan koperasi mengukuhkan kembali perniagaan mereka sekaligus mempersiapkan golongan ini berdepan cabaran masa hadapan.

“KUSKOP akan memberikan komitmen yang jitu bagi memastikan pelaksanaan program dan inisiatif yang dirancang terlaksana selaras dengan iltizam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Bajet-2023.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.