KUSKOP susun semula pembiayaan usahawan terjejas Covid-19 melalui Bank Rakyat, SME Bank

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menjelaskan bahawa perbincangan mengenai penyusunan semula pembiayaan untuk usahawan yang terjejas hanyalah menerusi bank yang bernaung di bawahnya iaitu Bank Rakyat dan SME Bank.

Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar berkata, kementeriannya merujuk kepada liputan berita bertajuk ‘MEDAC bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas Covid-19’ yang telah disiarkan oleh media-media tempatan pada 2 April 2022, baru-baru ini.

“Saya ingin menjelaskan bahawa MEDAC mengadakan perbincangan berhubung proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan usahawan yang terjejas akibat Covid-19 bersama-sama Bank Rakyat dan SME Bank.

“Untuk makluman, pihak Maybank tidak terlibat dalam sesi tersebut seperti mana yang dinyatakan dalam artikel,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Noh, kementeriannya juga secara rasmi telah menggunakan akronim KUSKOP bagi menggantikan MEDAC sejak 14 Mac 2022 yang lalu.

“Pertukaran akronim ini adalah selaras dengan dasar baharu kerajaan sekaligus menyahut saranan Perdana Menteri untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap urusan rasmi kerajaan,” jelasnya.

-NIAGATIMES

kredit-foto-KUSKOP.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.