KWP laksana inisiatif bantu usahawan belia, 234 individu terima manfaat setakat ini

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) komited membantu usahawan belia melalui Program Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif kepada golongan berkenaan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 234 usahawan muda telah terpilih menerima tawaran di bawah Inisiatif Wilayah Prihatin untuk memiliki ruang perniagaan masing-masing bagi memulakan perniagaan di ibu kota mulai bulan ini.

“Ruang perniagaan yang ditawarkan terdiri dari ‘kiosk’ atau tapak niaga di lokasi-lokasi yang strategik bagi membantu barisan usahawan muda ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan keuntungan bagi perniagaan yang baru dimulakan.

“Lokasi ‘kiosk’ dan tapak perniagaan bagi fasa ini adalah meliputi 11 ruang niaga kiosk di kawasan River of Life, 16 tapak perniagaan untuk trak makanan, 100 ruang niaga di Berjaya Times Square dan 107 ruang perniagaan di hentian bas dan teksi sekitar Kuala Lumpur.

“Dianggarkan seramai 792 lagi usahawan muda bakal menerima tawaran ruang niaga pada awal tahun 2021.

“Peluang perniagaan ini adalah sangat berharga dan menjadi platform kepada anak muda yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

-NIAGATIMES

TSAM.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.