Lagi 90,000 usahawan dikehendaki penuhi sasaran MyNEPT

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menetapkan seramai 100,000 individu yang terdiri daripada usahawan serta bakal usahawan untuk memanfaatkan sistem Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) yang telah dibangunkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penggunaan sistem ujian secara dalam talian tersebut yang setakat ini telah menjangkau 10,000 pengguna wajar dimanfaatkan kelebihannya oleh usahawan kerana ia bukan sahaja baik untuk individu malah juga perniagaan mereka.

โ€œApa yang menarik berkenaan MyNEPT ini juga, para usahawan boleh membuat perbandingan skor mereka dengan usahawan tempatan dan global yang telah berjaya.

โ€œPerbandingan skor ini sudah pasti dapat membantu para usahawan untuk menambah baik pengoperasian perniagaan mereka.

โ€œTambahan pula, skor-skor ini akan turut menjadi penanda aras kepada usahawan-usahawan lain yang akan membuat ujian psikometrik MyNEPT ini pada masa hadapan,โ€ katanya sewaktu menghadiri Majlis Pelancaran MyNEPT di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur, semalam.

Usahawan boleh mengakses ujian psikometrik ini secara dalam talian menggunakan peranti komputer atau telefon pintar dengan melayari laman portal www.mynept.com walau berada di mana-mana lokasi sekalipun.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.