Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan pelan pemulihan ekonomi baharu dalam masa terdekat melibatkan strategi jangka pendek bagi merangsang semula aktiviti perniagaan dan pendapatan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di ibu pejabat Bank Simpanan Nasional Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Tengku Zafrul, pelan pemulihan ekonomi yang bakal diumum nanti merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di mana sebahagian strategi akan disambung manakala beberapa inisiatif baharu pula dijangka diperkenalkan.
โSaya gembira untuk beritahu Perdana Menteri akan buat pengumuman dalam masa terdekat berkenaan pelan pemulihan ekonomi negara.
โAkan ada inisiatif baru yang akan diumumkan dan inisiatif yang ada mungkin akan diteruskan.
โKita tunggu. Tapi yang penting, pelan perlu dinamik kerana semuanya bergerak dengan pantas,โ katanya.