Landskap perniagaan KL bakal terima nafas baru

Kementerian Wilayah mensasarkan suasana pemandangan perniagaan yang lebih moden dan terancang bagi merealisasikan Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020-2040 yang akan diwartakan pada akhir tahun depan dalam usaha menjadikan ibu negara ke arah sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sentiasa mengambil inisiatif untuk
membantu usahawan-usahawan membangunkan premis perniagaan mereka demi bergerak
selaras dengan kemajuan bandar yang semakin berkembang pesat.

“Ekonomi maju, bandar maju, maka kita juga mahukan premis-premis perniagaan di Kuala
Lumpur nampak lebih maju. Sudah tentu kami memberi perhatian kepada usahawan-usahawan terutamanya kumpulan yang menjalankan perniagaan kecil bagi mendapatkan kawasan niaga yang lebih strategik dan kondusif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bandar Lestari Bertaraf Dunia 2018 di Hotel Intercontinental, di sini hari ini.

Program naik taraf setakat ini telah mula dijalankan di kawasan perniagaan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di mana sasaran untuk menyediakan premis niaga yang lebih bersih, terancang dan tersusun sedang menampakkan perkembangan positif.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.