Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berhasat menyelaraskan dasar pengurusan ekosistem perniagaan tempatan sebagai fokus untuk memperkasakan usahawan bumiputera agar terus berkembang pesat bukan sahaja dari aspek kuantiti malah kualiti.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, usahawan bumiputera yang terlibat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana khususnya tidak begitu menonjol dengan sumbangan hanya kurang daripada 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
โSudah tentu kita perlu melaksanakan sesuatu untuk memperkasakan para usahawan bumiputera. MED akan mengadakan lebih banyak program termasuklah latihan peribadi serta memperbanyakkan lagi hubungan perdagangan dua hala,โ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemerkasaan, Kemajuan dan Pertumbuhan Ekonomi dalam Malaysia Baharu di Hotel The Westin Kuala Lumpur, baru-baru ini.