Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) komited untuk terus memperkukuh kemampuan dan kapasiti usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam penggunaan platform secara atas talian setelah beberapa siri program yang dilaksanakan sepanjang tahun ini berjaya memanfaatkan 4,759 usahawan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keberkesanan fokus dan pendekatan yang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya itu terbukti apabila ada di antara kalangan usahawan yang berupaya melonjakkan jualan sebanyak 525.58 peratus semasa dalam tempoh program bimbingan dijalankan.
โSeiring dengan perubahan era globalisasi, INSKEN amat komited dalam membantu proses transformasi usahawan dari perniagaan konvensional kepada perniagaan secara atas talian melalui platform seperti Facebook, Instagram, YouTube, WhatsApp dan Telegram.
โPada peringkat awal program โOnline Onboarding Coachingโ (E-Board), usahawan akan diberi pendedahan kepada semua platform atas talian dalam jangka masa dua hari melalui sesi latihan โGeneral E-Marketplaceโ.
โLanjutan itu, usahawan akan diberi peluang untuk memilih platform yang ingin dikuasai bersesuaian dengan perniagaan mereka agar dapat dibimbing selama tiga bulan oleh pakar secara lebih mendalam dan intensif,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Wan Junaidi, INSKEN juga sedang mempersiapkan usahawan ke arah ekonomi digital melalui Program INSKEN Business Training yang turut diadakan secara atas talian.
โAntara topik-topik yang diberi pendedahan kepada usahawan adalah seperti WhatsApp Untuk Bisnes, Pasarkan Produk Anda di e-Marketplace seperti Shopee dan Lazada, Zero Cost Marketing Menggunakan Facebook dan banyak lagi,โ ujarnya.
-NIAGATIMES