Mulai esok hingga Rabu, Msheireb Downtown Doha akan memberi tumpuan kepada edisi kedua Ekspo Bandar Pintar Doha (SCED), acara inovasi bandar yang utama di rantau ini.
Dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Kerajaan Qatar; dengan sokongan Program Qatar Pintarnya yang inovatif iaitu TASMU, serta Msheireb Downtown Doha sebagai tuan rumah dan dijayakan oleh Fira de Barcelona, pertunjukan ini akan menekankan tentang cabaran utama berdepan dengan bandar-bandar masa depan.
Ia akan dilaksanakan melalui program persidangan yang lengkap yang akan disertai oleh lebih 70 orang penceramah antarabangsa dan tempatan, berkisar pada empat topik: bandar-bandar lestari, ekonomi global dan kesediaan digital, acara sukan dan masyarakat terhubung, bandar sebagai sebuah platform dan membentuk semula perkhidmatan awam digital.
Sesi ini boleh diikuti secara bersemuka dan secara dalam talian di seluruh dunia melalui platform Tomorrow.city.
Selain daripada bahagian Kongres, Ekspo Bandar Pintar Doha juga akan mempunyai kawasan pameran dengan lebih 90 buah syarikat yang mewakili lebih 60 buah negara di seluruh dunia yang akan menunjukkan kepada para hadirin tentang kemajuan utama dalam inovasi bandar.
Antara firma-firma yang akan mengambil bahagian: Ooredoo, QNB, Huawei, Hewlett Packard Enterprise – Meeza, Microsoft, Vodafone, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, DELL, Cisco – Mannai Corporation, GBM atau QFZ.
Ekspo Bandar Pintar Doha merupakan sebahagian daripada strategi pengantarabangsaan bagi Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar, sidang kemuncak antarabangsa terkemuka tentang bandar pintar dan penyelesaian bandar yang dianjurkan oleh Fira de Barcelona, yang akan mengadakan edisi ke-12 program tersebut dari 15 hingga 17 November 2022 di Barcelona, Sepanyol.
-PR NEWSWIRE