LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih Nagase & Co. Ltd. Sebagai pengedar penyelesaian LiDAR keadaan pepejal untuk ADAS dan kenderaan berautonomi di Jepun.
“Kami berbangga untuk mewakili teknologi LiDAR LeddarTech yang berwawasan di Jepun,” kata Koichi Kawahito, Pengarah Bahagian untuk bahagian Elektronik Automotif di Nagase. Beliau menambah: “Platform mobiliti LiDAR LeddarTech membawa tawaran LiDAR automotif berbeza dan menarik kepada pembekal Peringkat 1, yang sejajar dengan misi Nagase untuk mengembangkan perniagaan automotifnya kepada pengedaran komponen dan sistem dan juga menawarkan perkhidmatan perisian dan rekaan untuk sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS), kenderaan elektrik dan antara muka manusia-mesin.”
Memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandatangani pada awal bulan Disember. Nagase akan mengendalikan promosi dan jualan di Jepun untuk LCA2 LeddarEngine dan LCA3 LeddarEngine LeddarTech, iaitu teras LiDAR keadaan pepejal bersepadu yang terdiri daripada sistem pada cip (SoC) LeddarCore dan digandingkan dengan perisian pemproses isyarat LeddarSP. Selain itu, Nagase juga akan menyediakan sokongan produk pertama berkualiti tinggi kepada pelanggan tempatan.
“LeddarTech komited untuk menyediakan teknologi dan sokongan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan pengedar bereputasi baik seperti Nagase & Co., Ltd.,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan di LeddarTech.
Charles Boulanger, CEO LeddarTech menambah: “Kami mahu membawa nilai kepada pelanggan mobiliti kami di Jepun dengan model perniagaan kami yang tersendiri yang berdasarkan platform pembangunan LiDAR yang komprehensif. Platform ini memberi keupayaan kepada pembekal Peringkat 1 untuk mereka dan menghasilkan penyelesaian LiDAR disesuaikan bergred automotif, berprestasi tinggi dan jimat kos secara besar-besaran untuk kes penggunaan automotif paling mencabar.” – BERNAMA