LG Electronics Malaysia melancarkan kempen promosi sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi tawaran rebat sehingga RM4,000 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet bagi produk terpilih.
Kempen ‘Jimat Lagi Syok’ yang berlangsung sehingga 3 Mei 2026 itu turut menawarkan pelbagai ganjaran tambahan termasuk pakej bundle eksklusif, jaminan lanjutan serta hadiah terhad bagi pelanggan.
Menurut syarikat itu, inisiatif berkenaan selaras dengan komitmennya dalam memperkenalkan penyelesaian kehidupan pintar menerusi ekosistem teknologi bersepadu yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keselesaan pengguna di rumah.
Pengarah Urusannya, Justin Choi berkata kempen tersebut direka untuk membantu pengguna membuat persiapan kediaman menjelang musim perayaan.
“Musim perayaan menyaksikan kediaman menjadi pusat pertemuan keluarga dan rakan-rakan, justeru keperluan terhadap peralatan rumah yang lebih cekap dan pintar semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.
Antara produk yang ditawarkan termasuk televisyen OLED, sistem audio, mesin basuh pintar, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, pembersih vakum, penulen udara dan air serta penghawa dingin cekap tenaga.
Selain rebat asas, pelanggan yang membeli dua atau lebih produk daripada kategori berbeza dengan perbelanjaan minimum RM3,000 layak menerima kredit eWallet tambahan sehingga RM400.
Pembelian televisyen bersama soundbar terpilih pula menawarkan rebat tambahan sehingga RM500, manakala pembelian beberapa unit peti sejuk tertentu boleh memberi ganjaran tambahan sehingga RM1,000.
Dalam pada itu, pengguna yang menukar beli penghawa dingin lama daripada mana-mana jenama turut menikmati rebat tambahan sehingga RM100 apabila menaik taraf kepada model LG terpilih.
Bagi pembelian tiga unit atau lebih penghawa dingin, pelanggan akan menerima penulen udara sebagai hadiah percuma.
LG turut menyediakan hadiah eksklusif terhad termasuk kotak misteri patung edisi khas yang ditawarkan kepada pembeli terpilih, tertakluk kepada ketersediaan.
Penebusan ganjaran boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi LG, dengan kredit eWallet akan dimasukkan terus ke akaun pelanggan selepas pengesahan berjaya.
Kempen itu diharap dapat membantu pengguna menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih selesa melalui penggunaan teknologi rumah pintar yang moden dan cekap tenaga.
-NIAGATIMES






















































