Lilit. buka butik baharu di Bangsar Village 2

Lilit. melancarkan butik serba baharu di Bangsar Village 2 dengan membawakan pengalaman istimewa Lilit. untuk pelanggannya.

Butik seluas 1,960 kaki persegi ini akan memperlihatkan barangan keperluan asas, pakaian, dan koleksi yang menarik selain hasil kolaborasi baharunya seperti Lilit. x Mira Filzah dan yang akan tiba tidak lama lagi, Lilit. x Fizi Woo.

Pengurus Pemasaran Lilit. Shasha Sekharan berkata, pihaknya kini giat melaksanakan usaha untuk memperkukuhkan lagi kedudukan jenama Lilit. melalui pembukaan butik baharu dan jualan secara atas talian.

“Selepas dua tahun, kami dengan bangganya melancarkan butik ketiga kami dan meluaskan kehadiran kami sebagai perniagaan fesyen.

“Kami juga telah bertungkus-lumus selama satu tahun yang lepas untuk mengukuhkan platform digital Lilit. dengan laman web baharu lilitstore.com pada bulan Julai.

“Usaha ini diikuti dengan pelancaran aplikasi Lilit. tidak lama lagi,” katanya.

Lilit. menawarkan penyelesaian yang mudah dan mesra untuk wanita kontemporari menerusi pelbagai pilihan gaya yang berlainan.

Koleksinya merangkumi pakaian dalam asas, skarf dan pakaian, serta kategori sopan menarik yang diperlukan oleh semua seperti koleksi pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif serta pakaian renang.

Baru-baru ini Lilit. juga berkongsi komitmennya kepada kelestarian alam sekitar dengan memperkenalkan koleksi Re:lit. yang diperbuat daripada koleksi Lilit. lama yang telah dikembalikan sebagai pakaian kreatif baharu.

-NIAGATIMES

21-LILIT.-Store.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.