LIM PELOPOR KHIDMAT DOBI CS LAUNDRY

Pernah pada ketika krisis kewangan Asia terkena tempiasnya di Malaysia kira-kira 23 tahun lalu, seorang jejaka yang dikenali sebagai Lim Jit Wei tetap utuh mempertahankan bisnes yang baru sahaja diusahakannya. Selaku Pengarah Urusan CS Laundry, dia tampil bersemangat terus melawan arus cabaran ekonomi ketika itu.

Siapa sangka, dedikasi yang ditonjolkan oleh Lim tersebut akhirnya kini menaikkan potensi dirinya dan syarikat yang dikenali sebagai salah sebuah penyedia perkhidmatan dobi terbesar di Malaysia. Tidak dapat dibayangkan sesiapa pun pada waktu itu bahawa perkhidmatan dobi rupa-rupanya mampu menjadi sebuah keperluan yang cukup penting.

Masyarakat yang semakin tinggi taraf kehidupan, berdepan kekangan masa yang semakin singkat. Ditambah lagi dengan kesibukan bekerja, semuanya mahu dilakukan dengan pantas. Perkara inilah yang menarik perhatian Lim untuk tampil dengan idea mewujudkan dobi layan diri yang sangat-sangat diperlukan oleh golongan ini. Dia membuktikan bahawa walaupun tidak memiliki latar belakang pendidikan tahap tinggi, itu bukanlah penghalang untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

“Saya hanya belajar di peringkat sekolah menengah sahaja. Selepas itu, saya menimba pengalaman bekerja sebagai penasihat jualan dan teknikal untuk sistem cucian yang beroperasi di sebuah syarikat awam. Sayangnya, syarikat itu tidak bertahan lama dan mengalami kerugian. Ia diisytihar muflis dan ditutup begitu sahaja.

โ€œKetika itulah saya tekad untuk memulakan operasi sistem cucian sendiri berbekalkan pengalaman dan pengetahuan di bidang tersebut. Saya percaya bahawa masih ada peluang untuk industri jualan dan perkhidmatan dobi komersial, dan saya ingin menjadikannya kenyataan,โ€ ujar Lim penuh semangat.

Asas hubungan yang baik bersama-sama kliennya banyak membantu perkembangan bisnes Lim. Menurutnya, faktor jujur dan hubungan baik dengan klien-klien itulah yang banyak menyumbang kepada perniagaannya mampu bertahan untuk tempoh lebih dua dekad.

“Pelanggan pertama saya adalah mereka yang saya kenal ketika saya bekerja dahulu. Sejak itu saya kekal berhubung serta berurusan dengan mereka.

โ€œSelain menawarkan perkhidmatan dobi kepada pelanggan secara harian, syarikat saya juga telah meluaskan perkhidmatan kami ke hotel dan hospital. Kapasiti mesin kami tidak hanya terbatas kepada 10 kilogram untuk setiap cucian, malah juga mempunyai kadar berat yang lebih tinggi hingga 100 kilogram. Tidak hanya itu, CS Laundry juga menawarkan khidmat termasuk mencuci, pengeringan dan seterika. Selagi ia berkaitan dengan cucian, kita ada semuanya,โ€ katanya.

Lim menganggap betapa dirinya bertuah kerana dapat mengatasi segala cabaran bersama-sama kru pekerja CS Laundry yang cukup berdedikasi. Walaupun berdepan sedikit masalah kewangan ketika memulakan perniagaan, namun selepas khidmat mesin dobi layan diri dibenarkan beroperasi 24 jam, segala-galanya tampak lancar dan bertambah baik. Paling membanggakan, mereka berjaya tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2016 dan terus kekal sehingga kini.

โ€œJusteru itu, adalah penting untuk terus bersemangat dan bekerja secara berpasukan. Apa pun situasinya, kami juga percaya pelanggan-pelanggan mesti diutamakan. CS Laundry sentiasa akan memperbaiki perkhidmatan dari semasa ke semasa. Walaupun kami mungkin masih belum menjadi yang terbaik, kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami,โ€ jelasnya sambil tersenyum.

Lim yang berpandangan jauh mengatakan bahawa kini sudah ada dalam perancangan dan usahanya untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran luar negara seperti Indonesia, Kemboja dan Vietnam dalam tempoh dekat.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.