Persidangan Strategi Penjenamaan dan Pembiayaan LJZ telahpun diadakan di Shanghai baru-baru ini. LJZ Capital ialah sebuah firma pengurusan pelaburan terkemuka yang mengkhusus dalam aset mata wang kripto dan berdedikasi untuk memberi pulangan risiko terlaras yang tinggi kepada projek-projek rantaian blok, dana token, pelombong, institusi kewangan tradisional dan individu bernilai bersih tinggi. Dengan operasi perniagaan mencakupi seluruh Singapura, Silicon Valley dan pelosok dunia yang lain, syarikat memberi pulangan kepada pemegang aset digital melalui penggunaan algoritma perdagangan sistematik dalam bursa mata wang kripto global dan membentuk perkongsian strategik dengan bursa-bursa mata wang kripto global antara strategi-strategi lain. Di persidangan tersebut, En. Jack Zhou, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LJZ Capital, mengumumkan bahawa syarikat telah memeterai perkongsian pelaburan bersama dengan IDG Capital Partners dan BITMAIN.
En. Zhou turut memberi pengenalan tentang LJZ Capital, yang mana pasukan strategi kuantitatif beliau menyumbang sebanyak lebih 2% daripada transaksi mata wang digital global arus utama dan berupaya menyediakan perkhidmatan bernilai tambah kuantitatif untuk lebih seratus mata wang digital. Syarikat menyediakan produk-produk kewangan mata wang digital seperti produk-produk berstruktur dan tidak berstruktur, derivatif mata wang digital dan perkhidmatan pengurusan aset untuk organisasi-organisasi dan kumpulan-kumpulan mata wang tertentu.
Pengumuman tentang strategi baharu menumpu pada pembentukan LJZ Capital sebagai sebuah syarikat pengurusan aset digital terkemuka di dunia untuk terus memanfaatkan industri rantaian blok dan membangunkan ekosistem kewangan mata wang digital. LJZ Capital terus mencari kaedah-kaedah pelaburan saintifik bagi menyediakan pulangan lumayan kepada pemegang-pemegang aset digital. Segala-gala dalam LJZ Capital diperoleh daripada data; setiap produk pelaburan telah melalui proses-proses berterusan melibatkan reka bentuk, perbaikan, pengujian model prediktif dan pengesahan berulang sebelum dilaksanakan di bawah bimbingan kaedah-kaedah ketat dengan menggunakan strategi-strategi perdagangan pemasaran secara sistematik melibatkan platform rentas dagangan, arbitraj statistik perdagangan portfolio berfrekuensi sederhana hingga tinggi, mengesan trend harian dan strategi AI serta merumuskan algoritma pelaksanaan tahap tinggi untuk strategi-strategi tertentu melalui penyelidikan berterusan, pembelajaran daripada pengkuantitian pasaran tradisional serta strategi pengesanan trend berfrekuensi rendah dalam pengalaman kuantitatif asas. LJZ Capital mereka bentuk dan menyediakan produk pengurusan aset termaju untuk pelabur dengan keutamaan risiko berbeza dengan memberi keseimbangan antara kapasiti dan keberuntungan. Sistem pengawasan sepanjang masa disediakan bagi mengawal semua risiko pelaburan dan mencegah sebarang tindakan yang mungkin memudaratkan kepentingan pelabur.
LJZ Capital akan melancarkan produk-produk pelaburan pasif dalam masa terdekat. Syarikat mencipta produk-produk “Beta pintar” yang berasaskan kaedah berbilang faktor dalam sektor mata wang digital bagi meningkatkan keberuntungan pelabur-pelabur mata wang digital, selain membuka peluang-peluang baharu dalam industri.
Veteran-veteran daripada kalangan golongan profesional dalam sektor-sektor kewangan tradisional kepada pakar-pakar industri dalam sektor rantaian blok menyertai persidangan, yang menyampaikan pandangan tentang pembangunan masa depan ekonomi makro dan industri rantaian blok menurut perspektif-perspektif berbeza daripada kewangan tradisional dan rantaian blok.
En. Bao Chengchao, ketua pakar strategi daripada Institut Penyelidikan Sekuriti Changjiang, memberikan analisis dan huraian unik tentang pandangan beliau berhubung ekonomi makro semasa manakala En. Zhang Wancheng, mantan pengarah penyelidikan global di WorldQuant memberi interpretasi beliau tentang pasaran mata wang digital dari perspektif kuantitatif tradisional. Profesor Liu Changyong, Doktor Ekonomi di Peking University/Pengasas Zhimi University, turut memberi penjelasan mendalam tentang kriptografi dan ekonomi.
Selain pengumuman strategi penjenamaan dan pembiayaan LJZ Capital, persidangan ini turut memberi peluang untuk berinteraksi antara rakan setara daripada industri rantaian blok.
LJZ Capital memberi pulangan kepada pemegang mata wang digital, selain memastikan kecairan yang lebih baik untuk projek-projek lain seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekologi rantaian blok. – PR NEWSWIRE