IIaoIIao kukuh kedudukan di pasaran Malaysia melalui pembukaan kedai ke-100

llaollao, jenama yogurt beku yang terkemuka dari Sepanyol yang memiliki kehadiran antarabangsa, telah mencapai suatu pencapaian baharu: memiliki lebih 320 buah kedai di seluruh dunia.

Syarikat tersebut baru-baru ini telah meraikan pembukaan kedainya yang ke-100 yang terletak di Kompleks Kajang Metro Point, Selangor dan telah meningkatkan jumlah pusat jualan sebanyak 55.7 peratus sejak tahun 2022.

Syarikat ini merancang untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di negara ini dan bermatlamat untuk menjangkau 130 buah kedai menjelang akhir tahun 2023.

Di sini, kami berasa seperti berada di negara sendiri dan pada masa yang sama kami merasakan 100% llaollao, malah tidak dapat disangkal lagi ia disebabkan oleh francais induk dan rakan kongsi strategik kami yang menjadi kunci kepada kejayaan dan pengembangan jenama ini di Malaysia,”

Ketua Pegawai Eksekutif llaollao, Pedro Espinosa berkata, pilihan lokasi untuk pembukaan kedai baharu adalah sangat penting bagi syarikatnya kerana walaupun terletak lebih 11,000 kilometer jauhnya, ia menandakan sokongan dan kepercayaan pelanggan di Malaysia terhadap jenama llaollao.

โ€œDi sini, kami berasa seperti berada di negara sendiri dan pada masa yang sama kami merasakan 100 peratus llaollao, malah tidak dapat disangkal lagi ia disebabkan oleh francais induk dan rakan kongsi strategik kami yang menjadi kunci kepada kejayaan dan pengembangan jenama ini di Malaysia,โ€ katanya.

Syarikat ini telah tiba di Asia pada tahun 2013 setelah ia membuka francais pertamanya di Singapura. Sejak itu, Asia telah menjadi pasaran keduanya yang paling penting selepas Sepanyol, disebabkan lebih 150 pusat jualannya terletak di seluruh rantau ini.

llaollao turut berada di negara-negara Asia yang lain seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei.

-NIAGATIMES

image-for-illustration-CREDIT-Ilaollao.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.