Bagi meraikan pembaharuan terkini di cawangan Bandar Bukit Puchong, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) akan memberikan baucar dan menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi pilihan produk tertentu kepada pelanggannya.
Antara barangan elektrik rumah yang ditawarkan termasuk Sharp 4K 55” Smart TV dengan harga hanya pada RM1,499, Skyworth 65” 4K UHD Google TV pada RM1,899, Pensonic 16” Stand Fan (5 bilah) pada RM79, dan banyak lagi.
Pembukaan semula Lotus’s Bandar Bukit Puchong ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan tawaran menarik selama sehari seperti ayam segar dari RM5.99, Ayamas Golden Nuggets pada RM11.99, tomato segar pada RM1.99 sekilogram, Telur Gred C Lotus’s (30 biji) dari RM9.90, udang segar dari RM22.99, dan banyak lagi.
Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati tawaran Beli Dengan Setiap Pembelian bagi Minyak Masak Lotus’s 5 kilogram dengan pembelian minimum RM100.
Stor ini merupakan stor kelima Lotus’s Malaysia yang telah menjalani transformasi bagi memberikan suasana membeli-belah yang segar dengan dekorasi baru serta peningkatan pada paparan produk di bahagian elektrik, hasil segar, daging, makanan laut, dan bakeri. Pelanggan juga dapat mencuba pelbagai jenama kegemaran rumah tangga di ruang acara khas, Ceria-Yah.
Termasuk Lotus’s Bandar Bukit Puchong, Lotus’s telah melaburkan lebih daripada RM5 juta untuk mengubahsuai stor-stornya. Para pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak peningkatan di cawangan lain, termasuk di kawasan pusat beli-belahnya.
-NIAGATIMES