Lotus’s lancar Fiesta Nusantara rai kepelbagaian budaya Malaysia

Bersempena dengan bulan kebangsaan, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah bersedia untuk melancarkan Fiesta Nusantara bersama Lotus’s di lima cawangannya, bermula dari Lotus’s Kajang pada malam Merdeka ini.

Lotus’s Malaysia berkata, sambutan ini adalah upacara besar-besaran yang diraikan bermula 26 Ogos hingga 4 September 2022, di mana masyarakat boleh berkumpul untuk bersama-sama merasai dan menghargai budaya dan makanan tradisi negara selepas tempoh dua tahun pandemik.

“Para pengunjung akan dapat menikmati pelbagai pilihan makanan Asia Tenggara dari 80 gerai yang tersedia dan mengambil peluang untuk membeli-belah pelbagai produk yang ditawarkan termasuk seni dan kraf, aksesori, fesyen dan penjagaan kecantikan.

“Selain itu, karnival ini akan membawa kembali warisan tradisional dan budaya yang telah menjadikan negara Malaysia ini unik melalui pelbagai aktiviti, dan persembahan tradisional untuk dinikmati dan disertai oleh para pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Unit Pusat Beli-Belah, Lotus’s Malaysia, Antony Spillett memaklumkan, Fiesta Nusantara bersama Lotus’s ini merupakan platform yang menarik di mana terdapat pelbagai vendor dari seluruh pelusuk Malaysia berkumpul untuk mempromosikan makanan istimewa dan produk-produk tempatan yang hebat.

“Kami percaya bahawa karnival ini akan membangkitkan minat masyarakat dan memberi peluang kepada generasi muda untuk merasai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia,” ujarnya.

Tambah Antony, karnival ini turut diadakan bagi membantu dan menyokong perniagaan-perniagaan tempatan melebarkan sayap mereka dengan membuka peluang untuk berniaga.

Fiesta Nusantara dengan Lotus’s akan meneruskan jerayawaranya ke cawangan Lotus di seluruh negara, bermula dari kawasan tengah di Lotus’s Ampang, Lotus’s Puchong, Lotus’s Bukit Beruntung, dan Lotus’s Mutiara Damansara.

-NIAGATIMES

Fiesta-Nusantara.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.