Lotus’s lancar kempen Tahun Baru Cina 2023 dengan ganjaran RM888,000 untuk dimenangi

Pada Tahun Baru Cina yang bakal menjelang ini, Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) ingin menyambut tahun Arnab air yang penuh dengan harapan baru ini dengan mengembalikan nostalgia dan keceriaan sambutan perayaan itu melalui kempen Tahun Baru Cina Sama-Sama Huat (SSH) Lotus’s.

Syarikat peruncitan itu mengambil peluang keemasan ini dengan memberi ganjaran kepada para pelanggannya bernilai sehingga RM888,000 untuk dimenangi pada musim perayaan ini.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, pihaknya berusaha untuk menjadikan musim perayaan ini lebih mampu disambut oleh semua golongan masyarakat di Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan ke atas pelbagai barangan seperti hasil segar, pakaian, perhiasan rumah, barangan runcit kelengkapan Tahun Baru Cina dan lain-lain lagi.

“Kami juga menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi bagi pelanggan yang membeli belah secara fizikal di cawangan Lotus’s berhampiran mahupun di atas talian.

“Bagi menambah keceriaan yang sedia ada, ahli My Lotus’s juga boleh menikmati promosi ‘Baucar Ganda-Ganda’ yang disediakan bagi membolehkan pelanggan mendapatkan sehingga 4X kupon diskaun (sehingga RM8) pada pembelian berikutnya tanpa perbelanjaan minimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Kempen Sama-Sama Huat Lotus’s ini akan bermula mulai 26 Disember ini sehingga 18 Januari 2023 di semua 65 cawangan Lotus’s di seluruh negara yang menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah utama berjumlah RM8,880 melalui program gamifikasi ‘Spin & Win’.

Seramai 84 pemenang mingguan yang bertuah akan membawa pulang RM880 dalam tempoh tiga minggu, manakala lima pemenang yang paling bertuah bakal memenangi hadiah utama bernilai RM8,880 pada akhir tempoh gamifikasi ‘Spin & Win’ ini.

-NIAGATIMES

SSH_1.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.