Jenama pasaraya besar, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), melancarkan semula cawangan Wangsa Walk hari ini.
Cawangan bersaiz 2,000 meter persegi tampil dengan dekor baharu serta mempamerkan pilihan produk yang lebih kepelbagaian untuk jenis makanan laut, daging, produk sejuk beku, dan barangan runcit.
Cawangan ini merupakan stor Lotus’s yang pertama direka bentuk semula dengan lekapan dan kelengkapan baru, termasuk penambahan lebih 600 pilihan produk premium massa dan dimampu milik.
Oleh kerana terdapatnya peningkatan dalam permintaan untuk barangan runcit, cawangan ini tidak lagi menawarkan pilihan barangan am dan telah memperbaiki penyusunan barangan mengikut zon kategori untuk memudahkan pelanggan semasa membeli-belah.
“Kesemua rakan sekerja yang terlibat telah memberi kerjasama yang terbaik untuk merancang dan mengubah suai susunan dalaman stor dengan paparan makanan segar yang lebih menarik dan sistem rak yang baharu, bagi meningkatkan pendedahan rangkaian produk serta memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang sentiasa diingati”, kata Thinesh Subramaniam, Pengarah Stor Lotus’s (Kawasan Sentral 1).
Antara rangkaian produk segar baharu yang ditawarkan termasuk pilihan daging lembu gourmet dan stik (grass-fed) & biri-biri muda dari Australia dan ikan salmon Norway.
Pelanggan kini juga boleh membeli minuman dan snek kegemaran mereka yang diimport dari Thailand, Korea, China, Taiwan, dan Indonesia di Lotus’s Wangsa Walk.
Lotus’s juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik dari 15 hingga 17 Disember 2023, sempena pelancaran semula cawangan tersebut seperti demonstrasi memasak, Snap dan Menang Lotus’s e-Baucar bernilai RM1,000 dengan pembelian minima RM50 dan pemberian sampel makanan dan minuman jenama Lotus’s secara percuma.
-NIAGATIMES