Lembaga Pengelola Dana Bergulir Kementerian Koperasi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Indonesia (LPDB-KUMKM) menyasarkan 300 usahawan muda dari Universiti Jenderal Soedirman (UNSOED) memperoleh dana LPDB-KUMKM untuk pemerkasaan keusahawanan.
Pengarah Perniagaan LPDB-KUMKM, Krisdianto berkata, dana yang disalurkan LPDB ke UNSOED itu diharapkan mampu menjadi perintis kepada institusi-institusi pendidikan tinggi di Indonesia dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan muda baharu.
โDana yang diberikan ini merupakan hak masyarakat Indonesia kerana sumber daripadanya diagihkan dari hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
โOleh sebab itu, program ini penting bagi mahasiswa yang sedang berada di zaman persaingan dan perkembangan bidang pekerjaan yang sangat mencabar,” katanya dalam satu program di Purwokerto Jawa Tengah, baru-baru ini.
Golongan mahasiswa UNSOED di Indonesia antara yang cukup dikenali kerana kebolehan institusi mereka melahirkan ramai usahawan muda daripada pelbagai bidang serta inovasi perniagaan.