Syarikat kosmetik segar buatan tangan yang diasaskan di Britain, Lush, meluaskan jangkauan produknya di Malaysia menerusi pembukaan kedai kesepuluh di Suria KLCC, Kuala Lumpur.
Sejak mula bertapak dalam pasaran Malaysia pada 2018, Lush telah mengukuhkan jenamanya dengan kewujudan sepuluh buah cawangan di Lembah Klang, Johor, Kuantan dan Pulau Pinang.
Kini, Lush terus mencipta revolusi kosmetik untuk menyelamatkan planet ini melalui produk dan kempen kelestariannya yang memfokuskan kepada hak manusia, haiwan dan alam sekitar dengan pelancaran kedai terbarunya ini.
Pada masa yang sama, Lush Malaysia kekal teguh dalam komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar menerusi inisiatif penanaman terumbu karang. Ia turut dikenali dengan inovasi produk bebas pembungkusan yang berjaya menjimatkan 13.8K tan plastik di seluruh dunia sebagai penzahiran kepada kesungguhan Lush dalam menjayakan agenda kelestarian alam.
Lush berjaya menghindari penggunaan plastik bersamaan dengan berat 76 ekor ikan paus biru menerusi pengenalan produk bebas pembungkusan (naked products) seperti bom mandi, pepejal syampu dan ketulan perapi rambut.
Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand berkata, pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman membeli produk Lush yang dijual tanpa pembungkusan, yang lebih dikenali sebagai โnaked productsโ di kedai mereka.
โIdea di sebalik produk bebas pembungkusan ini adalah untuk mengurangkan kos yang lazimnya ditanggung kerana pembungkusan, dan ia secara langsung membolehkan produk dihasilkan menggunakan bahan yang lebih baik, sesuai untuk keperluan pelanggan,โ katanya dalam satu kenyataan.
-NIAGATIMES