ETP Group dengan bangga mengumumkan bahawa Luxasia, rakan kongsi omni-saluran utama untuk pengedaran, runcit dan e-dagang jenama kecantikan dan gaya hidup mewah di Asia Pasifik, telah berjaya berada dalam talian dengan Penyelesaian Runcit Omni-saluran ETP di “Freyja”, hab kecantikan komuniti baharu di Filipina, dengan perisian ETP V5.5 POS, Mobile POS dan Omni-channel Connect berjaya digabungkan dengan kedai dalam talian, CRM dan ERP.
Ketua Pegawai Eksekutif Luxasia, Dr. Wolfgang Baier berkata, “Kami sentiasa menaik taraf sistem bahagian belakang kami untuk meningkatkan penyampaian pengalaman pengguna yang menyenangkan, sama ada di kedai atau dalam talian. Kerjasama dengan ETP ini membolehkan Luxasia menyediakan pengguna dengan akses onmi-saluran yang melayani kehendak mereka dalam kecantikan dengan lebik baik, lengkap dengan kemudahan pembayaran.”
“ETP gembira dan berbangga dapat bekerjasama dengan Luxasia Group dalam inisiatifnya untuk menjadi ‘pemimpin omni kecantikan’ di Asia Pasifik. Penyelesaian Runcit Omni-saluran ETP yang berpandangan ke hadapan sangat sesuai untuk melengkapi usaha berterusan Luxasia dalam memberikan pengalaman lancar menerusi saluran dalam talian dan luar talian. Kami ingin melihat operasi mereka mendapat manfaat daripada kepakaran domain gaya hidup runcit ETP yang kukuh dan suit produk omni-saluran yang mantap serta proses didayakan penyetempatan,” kata Naresh Ahuja, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, ETP Group. – PR NEWSWIRE