MAFI seru lebih ramai agropreneur sertai ladang kontrak

Penglibatan golongan usahawan tani atau agropreneur yang lebih ramai di dalam program Ladang Kontrak (LK) bukan sahaja akan meneruskan kelangsungan perniagaan malah turut dapat meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Beliau berkata, agropreneur yang terlibat akan meraih manfaat melalui tunjuk ajar daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta agensi-agensi di bawah MAFI sepanjang tempoh program tersebut dijalankan.

“FAMA (misalnya) akan membantu memasarkan tanaman atau produk mereka ke pasaran domestik atau antarabangsa.

“Seramai 3,245 peserta program LK telah didaftarkan pada tahun ini melalui pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Ladang di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja Projek Usahawan Ladang Kontrak Kelantan di Kuala Balah, kelmarin.

Pada masa yang sama, Che Abdullah turut menggesa golongan petani, penternak dan nelayan supaya kekal berhubung dan sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam meneruskan survival perniagaan masing-masing di samping bantu memastikan bekalan makanan negara tidak terjejas.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.