MAGIS KOSMETIK DOCTOX CETUSAN KARL KELANA, DR. DYA

Tidak mudah bagi mana-mana produk mempunyai keistimewaan untuk diberi kebenaran memiliki premis perniagaan sendiri, lebih-lebih lagi jika diletakkan setaraf dengan jenama antarabangsa di pusat beli-belah terkemuka. Namun, DOCTOx membuktikan sebaliknya. Jenama kosmetik milik anak tempatan ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan pengguna-penggunanya di Malaysia, malah turut diangkat sebagai produk yang dipercayai di luar negara.

DOCTOx yang diasaskan oleh Karl Kelana, bersama-sama suri hidupnya, Dr. Diyana, adalah jenama kosmetik yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit serta mekap yang cukup dikenali dari aspek kualiti bagi kandungan bahan-bahannya. Jenama DOCTOx mendapat kepercayaan gedung runcit ternama, AEON, melalui pembukaan beberapa premis serta kios di Mid Valley, One Utama, Maluri, Wangsa Maju, Nilai dan Bandar Datoโ€™ Onn.

โ€œKerjasama AEON bersama-sama DOCTOx ini boleh dikatakan umpama membuka lembaran baharu yang kelak akan memberi ruang dan peluang kepada kami melangkah lebih jauh di dalam industri. Walaupun begitu, kami juga komited kepada platform dalam talian yang model bisnesnya lebih mudah, ringkas dan pantas. Jadi tidaklah sukar untuk kekal berkomunikasi mencapai pengguna-pengguna lama dan baru memandangkan segala-galanya sudah di hujung jari,โ€ jelas Karl yang merupakan graduan dari Universiti RMIT dan The One Academy.

Perkembangan DOCTOx dalam menjengah pasaran tempatan dan global dilihat cukup pesat dan agresif. Manakan tidak, dalam tempoh empat tahun sahaja sejak penubuhannya pada 2016 sehingga kini telah menarik minat pengguna dari pebagai latar negara. Untuk rekod pada tahun lepas sahaja, sebanyak 30 negara dengan jangkauan kira-kira 150,000 kekerapan pelawat telah menerjah ke platform laman web mereka. Ia jelas menggambarkan betapa DOCTOx mempunyai โ€˜magisโ€™nya yang tersendiri.

โ€œKelebihan yang ada pada produk-produk kosmetik keluaran kami adalah dari segi material dan penjenamaan DOCTOx itu sendiri. Misalnya jika sesiapa sahaja terlihat produk kami di mana-mana, dia pastinya boleh tahu bahawa itulah identiti kami. Dalam hal ini, Karl memainkan peranan besar mengatur strategi pemasaran serta membentuk keunikan DOCTOx. Manakala, saya pula memanfaatkan ilmu dan pengalaman dari bidang perubatan untuk diaplikasikan pada produk-produk kami bagi keberkesanan penggunaannya,โ€ ujar Diyana yang lebih mesra disapa sebagai Dr. Dya.

Ketika pengeluar kosmetik yang lain kebanyakannya lebih memilih faktor โ€˜cantik dengan harga berpatutanโ€™ sebagai tarikan kepada pelanggan-pelanggan mereka, berbeza pula dengan DOCTOx yang cenderung kepada โ€˜cantik, sihat dan mampu milikโ€™ dengan ciri-ciri 2 dalam 1 iaitu pakai dan merawat. Bahkan, Dr. Dya sendiri tidak lokek untuk menawarkan khidmat konsultasi kecantikan kepada pelanggan-pelanggan DOCTOx.

Bahan-bahan utama di dalam kandungan kesemua produk mereka telah diimport dari luar negara sebelum direka dan diformulasi khas pembuatannya. Tiada sebarang keraguan kerana semua produk DOCTOx telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM), disahkan selamat oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan halal untuk digunakan.

โ€œWalaupun kita tahu jenama kosmetik kini begitu banyak di pasaran, sebenarnya masing-masing ada tarikan dan kelebihan tersendiri. Bagi DOCTOx pula, kami menganggap ini sebagai suatu persaingan sihat di mana ia boleh dijadikan sumber rujukan untuk kami untuk memperbaiki mutu dari masa ke masa. Bahkan, kami juga sering ambil perhatian terhadap perkembangan produk-produk terkemuka dari luar negara sebagai inspirasi,โ€ ujar Karl.

Sementara itu, Dr. Dya pula menetapkan harapan tinggi bagi landasan hala tuju DOCTOx yang mahu diraih bersama-sama suaminya di masa akan datang.

โ€œJika diizinkan, insya-Allah dalam tempoh lima tahun nanti kami sasarkan syarikat kami menempa nama setanding dengan Estee Lauder dan jenama-jenama kosmetik antarabangsa yang lain. Biarlah DOCTOx dikenali sebagai jenama yang menjadi kebanggaan Malaysia dan untuk itu, kami mahu masyarakat kita sendiri terlebih dahulu perakui kualiti produk kami,โ€ katanya di akhir bicara.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.