MAKSIMAKAN PLATFORM ATAS TALIAN, UGREAT INTERNATIONAL TEKAD LEBARKAN SAYAP KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Itulah pepatah sesuai yang mungkin digambarkan oleh UGreat International yang diusahakan oleh Tuan Taufik Samsuddin.

Berbekalkan pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran selama 12 tahun, beliau tekad untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya bersama bakal usahawan baru.

โ€œKami bermula pada Januari 2020, pada awalnya semua berjalan dengan baik dan lancar, kita dikejutkan dengan wabak Covid-19 yang bukan sahaja melanda Malaysia, namun diseluruh dunia, ia sedikit sebanyak menjejaskan perancangan saya untuk mengembangkan syarikat,โ€ katanya.

Beliau terpaksa mengubah perancangan daripada โ€˜offlineโ€™ kepada โ€˜onlineโ€™ secara penuh. Bermula dengan beberapa pengedar sah untuk produk sulung keluaran UGreat International iaitu UGCare dan tidak menyangka mendapat sambutan yang mengalakkan daripada mereka semua.

Tidak lama selepas itu, UGreat International melebarkan sayap perniagaan ke negara Asia seperti Thailand, Singpura, Indonesia dan juga di negara Benua Afrika seperti Nigeria, Uganda dan lain-lain.

Tidak menjangkakan sambutannya yang luar biasa ketika pandemik menyebabkan Tuan Taufik sedar mereka sangat mementingkan penjagaan kesihatan lebih-lebih pada musim pandemik.

Bermula dengan produk UGCare iaitu supplement ataupun makanan tambahan yang sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan golongan, UGreat sentiiasa membuat penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk yang berkualiti setanding dengan produk yang ada di pasaran tempatan dan antarabangsa.

โ€œKami menambahbaik formulasi sedia ada dalam UGCare dan keluar dengan versi terbaru iaitu UGCare Plus dengan formulasi tambahan BlueGreen Algae (AFA) yang mampu menambah nilai kesihatan tubuh badan, membaiki kedutan kulit dan mengurangkan radang kulit,โ€ katanya berkenaan produk terbaru yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2021.

Seiring dengan tagline, โ€™Discover The Greatness Within You!โ€™, UGreat International terus berani melangkah untuk menerokai bidang kecantikan dengan mengeluarkan satu lagi produk semburan untuk kulit iaitu UGProactive.

Sehingga kini, UGreat International telah menembusi pasaran hampir 20 buah negara dan mempunyai hampir 30,000 pengedar dan pengguna secara keseluruhan. Kuasa pemasaran atas talian juga turut menjadi sokongan yang kuat kepada Tuan Taufik Samsuddin untuk memanfaatkannya ketika pandemik Covid-19 yang melanda.

โ€œAlhamdulillah, fasa endemik membolehkan pihak syarikat untuk lebih fokus mengeluarkan lebih banyak produk baru dan melakukan aktiviti secara โ€˜offlineโ€™. Kami juga dalam fasa akhir untuk melancarkan produk minuman kesihatan UGCafe pada penghujung tahun 2021,โ€ ulasnya lebih lanjut tentang perkembangan terkini UGreat International.

Setelah dua tahun berhempas pulas, akhirnya UGreat International diiktiraf sebagai โ€˜’Outstanding Lifestyle Beauty & Health Company of the Year Malaysia SME Category’ pada majlis โ€˜Made for The World Excellence Awards 2021โ€™ yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada 22 November 2021 yang lalu.

โ€œKami sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan oleh NiagaTimes.Com dan saya dedikasikan anugerah ini kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam perkembangan UGreat International,โ€ ujar beliau ketika majlis tersebut.

UGreat International dalam perancangan untuk mengeluarkan lebih banyak produk yang sesuai untuk seisi keluarga dan ingin memastikan โ€˜1 Rumah, 1 Produk UGreat!โ€™ dengan mensasarkan 1 juta pengguna dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar UGreat International dan menjana pendapatan sampingan atau menjadikan karier sepenuh masa, anda boleh berhubung dengan wakil syarikat di talian +601120923582 atau layari laman web ugreatinternational.com.

Untuk mengetahui perkembangan terkini syarikat dan program-program anjuran UGreat International pula, anda boleh ikuti mereka di media sosial dengan merujuk carian nama โ€˜UGreat Internationalโ€™ di Facebook, Instagram dan saluran Telegram.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.