2 Jun, 2017 – Malaysia membuka peluang luas untuk syarikat francais dari luar negara khususnya negara ASEAN untuk menembusi pasaran tempatan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Malaysia mempunyai perundangan khusus bagi mengawal selia industri francais bagi memastikan ia berkembang dengan baik.

“Malaysia menerajui industri francais di rantau ini kerana kita mempunyai Akta Francais 1998 dan mempunyai pelan pembangunan yang inklusif bagi menyokong industri ini,” katanya pada sesi forum perniagaan Malaysia-Vietnam sempena Pameran Francais dan Runcit Antarabangsa Vietnam kesembilan di sini, hari ini. Hamzah berkata, tidak banyak negara di dunia yang mempunyai perundangan mengawal selia industri francais seperti Malaysia.

Justeru katanya, Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam membangunkan industri francais kepada Vietnam sekiranya diperlukan. “Kerjasama antara kedua-dua negara akan lebih mudah sekiranya Vietnam juga mempunyai perundangan sama bagi berkongsi pasaran ASEAN yang besar,” katanya. Malah, Malaysia mempunyai agensi khusus iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang membantu dari segi khidmat nasihat dan pengembangan syarikat francais, katanya.

Untuk berita selajutnya, sila layari: http://www.bharian.com.my

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.