Malaysia disaran teroka penggunaan, keusahawanan digital

0
8

Penting untuk Malaysia menerajui dalam guna pakai digital dan keusahawanan digital, berikutan ekonomi global kini dikuasai digital dan teknologi blockchain atau lejar digital terbuka kini memacu inovasi, kata Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai.

Beliau berkata potensi blockchain semakin diiktiraf di negara lain di rantau ini, dengan negara jiran sedang mengkaji teknologi blockchain bagi perkhidmatan kiriman wang serta dalam pertanian, pengangkutan, pelancongan, kewangan dan jentera kerajaan.

“Adalah penting untuk setiap orang mengguna pakai teknologi digital dan memanfaatkan teknologi seperti blockchain dan pelbagai kaedah untuk pelaksanaannya dalam perniagaan kecil dan juga berskala besar,” katanya dalam ucaptama pada Pameran Ekosistem HwgPay di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, kelmarin.

Tan berkata kerajaan komited untuk memperkenalkan dasar-dasar yang akan meletakkan Malaysia sebagai ekonomi digital dan industri yang mempunyai prospek menarik bagi teknologi tinggi dan peningkatan nilai tambah di rantau ini.

“Pelaburan awam yang mantap telah membawa kepada pertumbuhan pesat dalam ekonomi digital susulan kerajaan telah memodenkan dan mendigitalkan sistem dan proses di pelbagai agensi dan jabatan.

“Ini telah meningkatkan produktiviti kerajaan menerusi penggunaan sumber secara cekap, akses lebih mudah kepada maklumat, serta penyampaian perkhidmatan lebih meluas dan lebih cepat,” katanya. -BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.