Malaysia International Agricommodity & Summit 2022

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bakal menganjurkan Malaysia International Agricommodity & Summit 2022 (MIACES’22) pada 26 hingga 28 Julai 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, KPKK berharat untuk menjadikan acara sidang kemuncak tesebut sebagai platform mempromosi produk komoditi selain menaik taraf produk yang telah sedia ada melalui pelbagai kajian teknologi.

“Sejajar dengan pelaksanaan Dasar Agrikomoditi Negara 2030 di bawah kementerian yang berpaksikan Rancangan Malaysia ke-12, MIACES’22 merupakan antara inisiatif memastikan sektor agrikomoditi negara terus berkembang dalam negara serta di peringkat antarabangsa.

“Kementerian yakin jumlah eksport agrikomoditi Malaysia akan terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam proses negara beralih daripada fasa pandemik ke fasa endemik Covid-19,” ujarnya.

MIACES’22 setakat ini telah menerima pengesahan kehadiran lima Menteri dari Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka, India dan Iran hadir serta dijangka beberapa negara lain juga akan hadir.

Kehadiran pemimpin tertinggi negara-negara luar bakal membuka ruang perbincangan komprehensif dalam memperkasakan industri agrokomoditi Malaysia.

Penganjuran MIACES’22 ini akan membuka ruang kepada pemain industri tempatan untuk menjana pendapatan dan seterusnya meningkatkan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang MIACES’22, layari laman sosial Facebook dan Instagram dengan carian ‘miacexposummit’ atau emelkan ke info@myeventsinternational.com.

-NIAGATIMES

MIACES-22.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.