Malaysia Perkukuh Jejak Global di MIAPEX dan AICOVE 2025

Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan automotif global semakin kukuh apabila MIAPEX 2025 dan AICOVE 2025 melabuhkan tirai dengan penyertaan rekod daripada pempamer serta pembeli antarabangsa. Kedua-dua acara tersebut menyerlahkan daya saing Malaysia yang semakin meningkat dalam eksport automotif serta peranan negara yang kian meluas dalam landskap ekonomi ASEAN.

Pameran berganda itu berlangsung dengan jayanya selepas tiga hari penuh dinamik melibatkan pameran, jaringan perniagaan dan kerjasama antarabangsa dari 24 hingga 26 Oktober 2025 di Selangor Mines International Exhibition & Convention Centre.

YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia, beramah mesra dan berinteraksi dengan pelawat dari Timur Tengah.

Kejayaan Besar untuk Industri

Memasuki edisi ke-5, MIAPEX 2025 sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai antara pameran automotif dan alat ganti yang paling berpengaruh di rantau ini. Dijalankan serentak dengan AICOVE 2025, acara ini menerima sambutan luar biasa daripada pemain industri, mempamerkan pelbagai inovasi dalam keseluruhan rantaian nilai automotif dan kenderaan komersial.

Ekspo ini menampilkan lebih daripada 350 gerai pameran dengan penyertaan daripada Malaysia, Jepun, China, India, Taiwan, Singapura dan Jerman, mempamerkan pelbagai produk merangkumi komponen automotif, trak, aksesori kereta, alat ganti kenderaan berat, peralatan bengkel serta teknologi automotif dan e-mobiliti terkini.

Pengunjung perdagangan dan pembeli hadir dari serata dunia — termasuk dari Timur Tengah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah , Asia & Australia — sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif yang pesat berkembang di rantau ASEAN.

Ribuan pengunjung membanjiri dewan pameran di MIECC sepanjang acara tiga hari itu, apabila MIAPEX dan AICOVE 2025 menampilkan yang terbaik daripada industri automotif dan kenderaan komersial Malaysia — daripada inovasi terkini hinggalah peluang rangkaian perniagaan bertaraf global.

Disokong oleh Persatuan Industri Utama

Penyertaan aktif pelbagai persatuan automotif utama Malaysia turut memberikan nilai tambah yang besar kepada acara ini. Antara rakan sokongan ialah:

  • Malaysia Trucking Federation (MTF)
  • Selangor and Kuala Lumpur Trucking Association ( Seklta )
  • The Selangor and Federal Territory Engineering and Motor Parts Traders Association (EMPTA)
  • Federal Territory & Selangor Automobil Repairers’ Association (FTSARA)
  • Federation of Automobile Workshop Owners’ Association of Malaysia (FAWOAM)
  • Selangor and Federal Territory Tyre Dealers and Retreaders’ Association (STDRA)
  • Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA)
  • Malaysia Commercial Vehicle Traders Association (MCVTA)
  • Malaysia Used Autoparts Traders’ & Recyclers’ Association (MUVATA)
  • Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia

Acara ini turut diiktiraf oleh MATRADE dan disokong oleh MyCEB Malaysia, sekali gus menggambarkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan MIAPEX dan AICOVE dalam mempromosikan perdagangan serta eksport automotif Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Sorotan dan Pencapaian Utama

Sepanjang tiga hari berlangsungnya ekspo ini, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti seperti sesi rangkaian perniagaan (business networking), demonstrasi produk, forum teknikal, serta sesi dialog khas (townhall) bersama JPJ dan APAD yang menarik perhatian besar daripada para penggiat industri yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dasar pengangkutan terkini negara.

Pengerusi Penganjur, Encik Jet Ong, menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang diterima:

“Kejayaan MIAPEX dan AICOVE 2025 mencerminkan perpaduan dan kekuatan industri automotif Malaysia. Kami berbangga kerana berjaya mewujudkan sebuah platform di mana idea, perdagangan dan inovasi bertemu — mengangkat juara tempatan ke pentas global.”

Beliau turut menambah bahawa objektif penganjuran — membuka pasaran baharu yang belum diterokai serta memupuk kerjasama serantau untuk mentakrif semula penanda aras industri — telah berjaya dicapai melalui penyertaan kukuh daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Langkah ke Hadapan

Dengan kejayaan penganjuran tahun ini, pihak penganjur MIAPEX dan AICOVE berhasrat untuk terus memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab perdagangan automotif ASEAN melalui peluasan kerjasama antarabangsa serta penganjuran program industri yang lebih berimpak pada tahun-tahun akan datang.