Malaysia Street 2020

0
58

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi serta Kedutaan Besar Malaysia di Jepun akan menganjurkan Program Malaysia Street 2020 bersempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 di Ariake Garden City, Tokyo mulai 8 Julai hingga 6 September 2020.

Program bertemakan ‘Malaysia in Japan for Tokyo 2020’ ini menyediakan platform untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan membina dan mengukuh jenama halal Malaysia melalui penerokaan pasaran, pemasaran produk dan jaringan perniagaan dalam pasaran Jepun.

“Dalam usaha mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan Program Malaysia Street 2020, MEDAC telah menyusun dan merangka pelbagai siri program inisiatif Halal di Jepun. Program Taste of Malaysia (ToM) 2020 merupakan program yang pertama dalam inisiatif tersebut,” jelas MEDAC dalam satu kenyataan, kelmarin.

Justeru, selari dengan Teras Strategik Keenam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) iaitu Mengantarabangsakan Perusahaaan Berpertumbuhan Tinggi, semua usahawan yang mempunyai
pensijilan halal dijemput untuk menyertai Program Malaysia Street 2020.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari portal MEDHalal di www.med.gov.my/MEDHalal/login.php .

Malaysia-Street.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.