MamyPoko laksana program CSR tangani denggi di Lembah Klang dan Johor

Berikutan kes denggi yang terus meningkat di seluruh negara, MamyPoko dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersatu hati dalam membanteras denggi sempena Hari Nyamuk Sedunia, satu acara antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk.

Memulakan kempen #MamyPokoAgainstDengue, Eiji Yoshida, Pengarah Urusan Uni-Charm Group Malaysia dan Singapura berkata, MamyPoko komited untuk membantu ibu bapa dalam menikmati perjalanan membesarkan anak dan melihat mereka membesar dengan sihat.

“Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kerisauan yang kian meningkat membabitkan kes denggi dan menangani isu denggi yang mendesak, khususnya dalam komuniti rentan.

“Kami mahu ibu bapa berasa tenang, mengetahui anak kesayangan mereka terlindung daripada ancaman demam denggi,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada khidmat bantuannya, kempen ini akan mengedarkan 1,500 pek baharu MamyPoko ANTIMOS Pants kepada pelbagai komuniti yang kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Johor.

Di samping itu, ia juga akan memberi sokongan kepada penduduk dengan mengadakan aktiviti pembersihan komuniti atau gotong-royong untuk menghapuskan tapak pembiakan nyamuk di kejiranan mereka.

Kempen #MamyPokoAgainstDengue pada kali ini dapat memberi manfaat kepada komuniti di PPR Seri Pahang, PPR Seri Pantai dan PPR Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang, Selangor; serta PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor.

Mengulas kerjasama itu, JKM menghargai serta menggalakkan usaha murni jenama MamyPoko Malaysia yang menganjurkan kempen #MamyPokoAgainstDengue memandangkan masyarakat miskin bandar yang berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan akibat tekanan inflasi global.

-NIAGATIMES

MAMYPOKO.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.