Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP), yang telah ditubuhkan untuk membangunkan teknologi dan inovasi melalui perkongsian kepakaran penyelidikan dengan penggiat industri, teknokrat dan ahli akademik dalam usaha menangani kekurangan buruh, telah mula mengambil langkah untuk mencapai matlamatnya.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, MARCOP telah mengadakan perbincangan dengan perunding dan pembekal teknologi seperti dron untuk menuai buah tandan segar (BTS) kelapa sawit sejak ia dilancarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada November tahun lalu.
โSebagai platform kerjasama industri dan Kerajaan, MARCOP meneroka penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dengan menyaring, mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian untuk meningkatkan produktiviti industri perladangan kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan pergantungan kepada buruh manusia.
โKonsortium itu memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam rangka kerja Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang melibatkan penggunaan teknologi seperti dron, robot dan penderia untuk operasi bersepadu dan sistematik,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta melalui geran padanan dalam Bajet 2021 untuk menyokong aktiviti MARCOP. Manakala, industri telah menyumbang RM30 juta melalui kutipan ses daripada MPOB. Oleh itu, MARCOP mempunyai jumlah peruntukan RM60 juta untuk penyelidikan dan pengkomersialan teknologi mekanisasi.
-NIAGATIMES