MarketingFest Asia Conference 2021

Exabytes, salah satu penyedia penyelesaian digital e-dagang Asia Tenggara, akan menganjurkan MarketingFest Asia Conference 2021 dari 14 September 2021 hingga 29 September 2021.

Persidangan enam hari ini dipenuhi dengan topik yang sangat relevan oleh 45 pakar industri yang bakal memberi inspirasi dan akan berkongsi strategi pemulihan sambil membincangkan pandangan dan idea mereka mengenai trend global dan rangkaian untuk prospek perniagaan yang lebih cerah.

Sebagai persidangan pemasaran terbesar di Asia, acara ini akan memberi para peserta peluang untuk meningkatkan kemahiran pengiklanan dan pemasaran bersama penceramah tersohor seperti Philip Tnee (Ketua Negara Singapura, Malaysia & Filipina, TikTok), Loh Ben Jern (Ketua Youtube Malaysia), Ashran Datoโ€™ Ghazi (Ketua Pegawai Eksekutif, Dattel Asia Group) dan Raymond Siva (Naib Presiden Kanan, Pelaburan dan Jenama & Ketua Pegawai Pemasaran, MDEC).

MarketingFest Asia Conference 2021 terdiri daripada tiga siri utama:

SIRI 1 – Advertising Strategies Strategi Pengiklanan (14 – 15 September 2021)

SIRI 2 – Data & Insights Data & Dapatan (21 – 22 September 2021)

SIRI 3 – Influencer & Social Media Marketing Influencer & Pemasaran Media Sosial (28 – 29 September 2021)

Untuk penyertaan dan sebarang maklumat lanjut boleh layari media sosial Exabytes atau kunjungi laman web https://www.exabytes.my/blog/marketingfest-2021-asias-largest-marketing-conference.

-NIAGATIMES

marketingfest2021.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.