MATRADE ambil inisiatif naikkan potensi perniagaan usahawan tempatan di IGEM 2019

0
1

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melihat manfaat penganjuran Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2019) ke-10 pada 9 hingga 10 Oktober ini sebagai platform terbaik bagi usahawan-usahawan tempatan yang terlibat untuk menaikkan potensi perniagaan masing-masing dan bersedia untuk mengambil insiatif membantu mereka.

Pengarah Seksyen Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga MATRADE, S. Jai Shankar berkata, pihaknya telah mengaturkan sebanyak lebih 500 pertemuan perniagaan kepada perniagaan (B2B) antara pembekal tempatan dengan pembeli asing pada IGEM 2019 melalui program Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang turut melibatkan beberapa persatuan.

“Sebanyak 46 pejabat kami di seluruh dunia menjadi pemangkin kepada kejayaan INSP berikutan mereka melabur banyak masa untuk mengenal pasti pembeli ini.

Antara lain, kami bekerjasama dengan Gabungan Bangunan Hijau Malaysia, Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia, Gabungan Industri Biojisim Malaysia, Persatuan Industri Fotovoltaik Malaysia dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia untuk mengenal pasti pembekal yang tepat, selain memanfaatkan pangkalan data pengeksport MATRADE sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

igem19.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.