MATRADE mahu tingkatkan prospek eksport jenama tempatan

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggesa syarikat-syarikat tempatan untuk lebih berani mencipta jenama sendiri yang berkualiti bagi meningkatkan peluang mereka dalam memasarkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, sasaran untuk meningkatkan jumlah eksport tempatan mampu dicapai jika institusi perniagaan Malaysia memulakan langkah dengan mempelbagai dan menginovasi produk melalui pengeluaran reka bentuk sendiri (ODM) atau pengeluaran jenama sendiri (OBM).

โ€œPelaburan dalam ODM dan OBM akan memberikan peluang kepada syarikat terbabit untuk memperoleh bahagian lebih besar di pasaran global yang semakin kompetitif menerusi reka bentuk, pemasaran dan pengurusan jenama mereka sendiri, dan tidak hanya berfungsi sebagai pengeluar barangan asal,โ€ katanya pada sidang media selepas menghadiri seminar barangan asli di Menara MATRADE, hari ini.

Pada masa yang sama, Wan Latiff turut mengulas tentang insentif yang disediakan MATRADE dalam penyediaan geran pembangunan pasaran serta pemberian dana oleh SME Corp untuk usahawan membangunkan jenama barangan mereka.

โ€œGeran ini disediakan untuk menolong syarikat mempromosikan jenama mereka dengan tuntutan sehingga RM15,000 bagi menyertai pameran perdagangan antarabangsa dan maksimum RM10,000 jika terbabit dalam misi pemecutan eksport,โ€ jelasnya.

matrade prospek eksport.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.