MATRADE sasar 15,000 syarikat sertai program eksport 2020

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meletakkan sasaran untuk menarik minat 15,000 syarikat tempatan bagi menyertai program eksport seliaan badan berkenaan iaitu Pembangunan Pengeksport (ED) dan Promosi Eksport (EP) sepanjang tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Sharimahton Mat Saleh berkata, pihaknya telah merencana perancangan untuk tahun 2020 dengan menetapkan sebanyak 315 program ED serta 72 program EP bagi merealisasikan sasaran tersebut dan berharap penyertaan lebih banyak syarikat Malaysia boleh meningkatkan lagi kemampanan dalam ekosistem perniagaan di peringkat antarabangsa.

โ€œKami akan memberi tumpuan mendorong penglibatan syarikat Malaysia untuk turut serta dalam usaha kemampanan bagi menjadikan Malaysia sebagai sumber kepada produk dan perkhidmatan mampan.

โ€œPasaran global mahukan lebih banyak pilihan dalam produk termasuk perkhidmatan mampan. Terdapat trend yang semakin meningkat dalam kalangan peruncit, pengedar dan penjual global untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang menekankan kepada kesejahteraan alam sekitar dan masyarakat,” katanya dalam satu taklimat media Program Kerja Tahunan (AWP) MATRADE 2020, baru-baru ini.

Sharimahton-Kredit-foto-Matrade.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.