MATRADE sasar 2,900 syarikat sertai program eTrade

0
1

Program eTrade yang diseliakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi membantu syarikat tempatan memasarkan produk dan perkhidmatan secara dalam talian kini telah mencapai 62% daripada jumlah sasaran 2,900 syarikat menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II MATRADE, Sharimahton Mat Saleh berkata, angka terbaharu jumlah penglibatan syarikat yang menyertai program eTrade setakat Oktober tahun ini adalah sebanyak 1,900 dan bilangan itu dijangka bertambah dalam tempoh dua tahun lagi.

“Jumlah itu menunjukkan kami sedang hampir mencapai sasaran dan ia sebenarnya menunjukkan kami berada di landasan yang tepat dalam memenuhi Rancangan Malaysia Ke-11 untuk membolehkan syarikat-syarikat terlibat memasarkan produk dan perkhidmatan secara eksport melalui e-dagang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SME CEO Forum 2018 di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, semalam.

Program eTrade telah diperkenalkan sejak Oktober 2014 dengan khidmat bantuan berbentuk insentif kewangan sehingga RM5,000 ditawarkan untuk membiayai sebahagian yuran bagi syarikat yang menyertai platform e-dagang terpilih seperti Amazon.com, Alibaba.com dan DagangHalal.com.

Matrade sharimahton.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.