MATRADE yakin industri aeroangkasa Malaysia terus berkembang

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin industri aeroangkasa Malaysia kekal memberangsangkan dan mampu bertahan untuk beberapa tahun akan datang, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap pesawat komersial di rantau Asia Tenggara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Seksyen Pengangkutan dan Logistik MATRADE, Yuslinawati Mohd Yusof berkata pasaran aeroangkasa serantau yang dinamik jjuga telah meletakkan Malaysia pada kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada industri tersebut.

“Pada masa ini, Malaysia menjadi pangkalan kepada lebih 230 syarikat-syarikat aeroangkasa, sekali gus membolehkan pembangunan rantaian bekalan yang pesat, merangkumi penggiat industri tempatan mahu pun antarabangsa,” katanya.

Yuslinawati berkata industri aeroangksa di Malaysia juga menggaji sekitar 24,500 pekerja selain menyumbang RM14.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2018.

“Inilah (faktor) yang menjadikan sektor aeroangkasa itu antara yang bernilai tinggi dan berupaya melonjakkan pertumbuhan perdagangan Malaysia,” katanya.

Beliau turut menggesa kalangan penggiat tempatan untuk mempraktikkan amalan terbaik dan kekal relevan dalam landskap perniagaan global bagi membolehkan industri aeroangkasa Malaysia terus memberangsangkan di masa depan.

“Selain itu, wujud keperluan bagi pemindahan teknologi sebagai langkah seterusnya bagi mencapai kecemerlangan industri,” katanya. -BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.