Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) menyasar untuk menarik minat lebih ramai usahawan belia tempatan dalam pasaran eksport ke China bersempena hubungan baik kedua-dua negara yang telah menjangkau 45 tahun pada tahun ini.
Setiausaha Agung MCCC, Kevin Siah berkata, pihaknya telah merangka aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2019 dengan menganjurkan beberapa siri pameran di China melibatkan pelbagai industri serta sektor termasuklah Persidangan Usahawan Malaysia-China yang dijangka akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Oktober nanti.
โPada persidangan itu nanti kita akan fokus untuk mempromosikan persekitaran (perniagaan) di Malaysia dengan melibatkan seramai 400 hingga 500 perwakilan dari China yang dijangka hadir untuk sesi rangkaian dan padanan perniagaan.
โKita juga akan adakan satu hari sesi khas untuk usahawan belia di Persidangan Usahawan Malaysia-China kerana kita percaya golongan muda ini memiliki potensi serta kepakaran dalam bidang-bidang baharu yang boleh diteroka serta pergi lebih jauh,โ katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bual bicara โMenjalankan Perniagaan di Chinaโ di Menara MATRADE, hari ini.