MDEC bakal laksana Tapak Ujian Global cetus inovasi teknologi baharu

0
108

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal melaksanakan satu inisiatif yang dikenali sebagai Tapak Ujian Global bagi mencetuskan peralihan teknologi baharu dalam lapangan inovasi melibatkan tenaga kerja atau bakat dengan kemahiran teknologi, keusahawanan dan komunikasi pada masa akan datang.

Inisiatif utama tersebut dimaklumkan sebaik sahaja tamat perbincangan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) ke-30 untuk memacu ekonomi digital yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Bangunan Perdana Putra Putrajaya, semalam.

“Di bawah inisiatif ini, MDEC akan menggerakkan pembangunan dalam sektor teknologi kewangan (fintech), blockchain dan dron dengan menarik pekerja digital global selain minat daripada pelabur,” kata agensi yang bernanung di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, MDEC turut mencadangkan pembentukan Kerangka Strategi Pembangunan Pekerja Digital yang baharu bagi menangani peningkatan permintaan melibatkan tenaga kerja celik digital serta penubuhan Akademi Pereka Baharu Masa Depan, yakni komponen pendidikan yang berteraskan kejayaan program #mydigitalmaker.

Mesyuarat-Majlis-Pelaksanaan-Koridor-Raya-Multimedia-ke-30-Kredit-foto-FB-Tun-Mahathir.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.