MDEC lancar Geran Pemangkin 4IR kepada syarikat teknologi

Agensi peneraju ekonomi digital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), telah mengumumkan Geran Pemangkin 4IR (4ICG) untuk menyokong pengembangan syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia.

MDEC berkata, 4ICG direka untuk memangkinkan penggunaan dan pembangunan teknologi 4IR menjadi bidang perniagaan utama seperti yang termaktub di dalam Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR).

“Geran berkenaan akan digunakan untuk penciptaan bersama, penyelesai masalah dan pengkomersilan penyelesaian 4IR sahaja.

“Penerima tempatan yang berjaya akan dianugerahkan sehingga 50 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah.

“Syarikat milik asing terpilih akan dianugerahkan sehingga 30 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pegawai Pegawai Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam memaklumkan bahawa 4ICG diperkenalkan untuk meningkatkan produktiviti, kualiti produk, meningkatkan kualiti kehidupan dan memelihara ekologi integriti dalam 10 sektor ekonomi utama dan enam sektor sokongan kepada ekonomi Malaysia seperti yang termaktub di Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 nasional.

“Geran ini juga dijangka meningkatkan kebolehlihatan syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia dan pertumbuhan pendapatan serta eksport daripada syarikat teknologi 4IR yang berpusat di Malaysia.

“Ini merupakan tambahan kepada usaha mencapai matlamat dalam Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), untuk mentransformasikan negara ke arah dipacu-digital, negara berpendapatan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” ujarnya.

Sektor utama yang dikenal pasti untuk penerimaan geran ini ialah dagangan borong dan runcit, pengangkutan dan logistik, pelancongan, kewangan dan insurans, kesihatan, pertanian dan pendidikan.

Sektor sokongan pula merangkumi pembinaan, hartanah, perlombongan dan kuari, perkhidmatan maklumat dan komunikasi, kesenian, hiburan dan pentadbiran serta perkhidmatan sokongan.

-NIAGATIMES

Gopi-Ganesalingam.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.